“Ramai Cuba Dekati Suami Saya, Tapi Saya Tak Pernah Serang Wanita Itu” – Shiera
Pelakon dan penyanyi Sharifah Shahirah dikecam kerana tidak tidak menyebelahi mana-mana wanita yang ditakdirkan hidup berpoligami sehingga ada yang mendoakan agar mendapat nasib yang sama.
Memetik Harian Metro, Shahirah atau lebih mesra disapa Sheira berkata sebagai wanita dia tidak menyokong mana-mana pihak serta bersikap ‘neutral’.
BACA: Sharifah Shahirah & Rakan Artis Berjaya Kutip Lebih RM18k Untuk Nad Zainal
Sheira turut mendedahkan ramai wanita cuba mendekati suaminya, Ijoy Azhari namun dia memilih untuk tidak menyerang individu tersebut.
“Saya seorang yang suka tengok perangai masing-masing. Kadang-kadang saya sokong isteri pertama dan ada ketika saya suka dengan isteri kedua.
“Disebabkan itu, ada yang menyelar dan mendoakan saya menerima nasib sama. Sebenarnya ramai yang pernah cuba mendekati suami saya, tapi saya tidak pernah serang wanita itu.
“Bayangkan kami pernah duduk bersebelahan sedangkan saya tahu dia pernah ‘try’ suami saya. Namun, saya memilih untuk pandang dia saja. Saya percaya kepada ketentuan Allah SWT. Kalau ditakdirkan dia bersama suami saya ketika itu, dia akan hadapi perasaan apa yang saya rasa.
“Alhamdulillah bila saya fikir begitu, Allah SWT kurniakan saya rezeki yang lebih besar. Kita tak perlu nak tunjuk kebahagiaan pada semua orang,” katanya.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, ditanya bagaimana dia tahu wanita cuba mendekati suaminya, Shiera berkata naluri isteri sangat kuat.
“Kalau wanita berkenaan semurah itu (cuba goda suami orang), jadi dia memang begitulah. Lama kelamaan saya percaya orang akan tahu diri kita bagaimana. Tak perlu saya nak tunjuk diri ini baik sebab kita pun bukanlah sempurna.
“Saya pernah berniat untuk meminta wanita berkenaan supaya jelaskan tapi tak sampai hati sebab kasihan. Jadi, saya bersabar dan minta suami berterus terang dan berbincang mengenai hal ini.
“Saya beritahu dia, naluri isteri kuat dan dapat rasa. Lagipun kami bekerja dalam bidang yang sama. Kita tak perlu cari salah masing-masing sedangkan orang biasa pun akan ada yang sampaikan maklumat. Selebihnya saya cuba sabar sebab inilah yang dikatakan sabar itu separuh daripada iman” katanya.
- SUMBER
- Harian Metro
Cehhhh ayat nko??aku nk pecah ghasiaa nie… Aku dulu penah kena ushaa dengan jntan nko nie
Belum kena dimadukan…cube try rasa dulu. Baru ko paham.
Ala sebenarnya dia pun x kisah laki dia nk ada skandal ke nk kawin lain ke. Dah tawar hati la sbb dah byk kali gaduh teruk dgn laki. Pmpuan nak sondol pun tgk jantan jgk kak oi. Hensem mcm alip ajiz ke,adi putra ke xpe jgk. Kalau x hensem pun kaya mcm DDNK ke,samsul yusup ke xpela jgk. Ni dh la rupa non hado,hidup pun sedang2 ja. Nk sondol pun fikir byk kali.
Laki kau kaya ke kak uii..yg ko kata ramai pompuan yg nk laki kau tu? Ke kau sajer2 cerita yg laki kau tu laku..hmmm