fbpx

Umum mengetahui, pelakon Nad Zainal masih lagi dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sejak minggu lalu akibat jangkitan pada paru-paru.

Terbaru, menerusi satu perkongsian di Instagram, pelakon Sharifah Shahirah memaklumkan dia bersama rakan-rakan artis lain membut kutipan buat Nad Zainal.

BACA: Tabung Kecemasan Bantu Kos Rawatan Nad Zainal Dilancarkan

Dalam entri tersebut, Sharifah Shahirah atau lebih mesra disapa Shiera memaklumkan mereka berjaya mengumpul sebanyak RM18,278 menerusi kutipan tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shiera Al-Khaired (@shieraijoy)

Shiera turut mengucapkan terima kasih buat mereka yang menghulurkan sumbangan serta memaklumkan wang yang terkumpul akan diberikan kepada ibu bapa Nad Zainal bagi meringankan sedikit kos rawatan pelakon itu.

“Salam semua. Alhamdulillah. Terima kasih kepada semua yang memberi sumbangan. Ini jumlah terkini jam 10.15 am (30 November). Sumbangan ini akan kami sampaikan kepada ibu bapa Nad Zainal.

“Siapa yang masih ingin menghulurkan bantuan masih boleh menggunakan akaun ini. Nanti kami akan update dari masa ke semasa,” tulisnya.

Sebelum ini, beberapa rakan artis yang lain dan peminat aktres itu turut melancarkan Tabung Kecemasan Nad Zainal untuk kegunaan bayaran kos rawatan aktres berkenaan.