fbpx

Sebelum ini terlalu sibuk berlakon, Zul Ariffin akui pada awalnya dia gembira sepanjang menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana dapat berehat panjang dan mempunyai masa untuk diri sendiri.

Bagaimanapun, Zul berkata dia seperti nak gila selepas beberapa minggu duduk di rumah tanpa berbuat apa-apa. Malah, perasaannya membuak-buak untuk bekerja selepas duduk di rumah dalam tempoh yang panjang.

BACA: Zul Ariffin Bersyukur Sehingga Kini Masih Bujang

“Saya sangat menjaga privasi. Sejujurnya, saya minta maaf jika mengatakan sangat menantikan momen ini kerana mempunyai masa untuk diri sendiri. Sebelum ini, saya terlalu sibuk berlakon hingga tidak mempunyai masa berehat, apatah lagi jadual penuh hingga tahun depan.

“Awalnya, saya tak terasa bosan biarpun belum pernah tak bekerja hingga tiga bulan. Bagaimanapun, saya terasa seperti nak gila selepas beberapa minggu duduk di rumah tanpa buat apa-apa.

“Saya jadi malas dan berat badan mula bertambah selepas lama berehat. Selama ini, saya sibuk bekerja dan bertemu ramai orang.

“Tetapi, situasi ini pula berbeza, terlalu lama sangat duduk rumah membuatkan fikiran menjadi tepu dan perasaan mahu keluar bekerja semakin membuak-buak,” katanya kepada BH Online.

Dalam pada itu, Zul berkata dia tidak bosan walaupun belum berkahwin malah bersyukur selepas melihat banyak kes perceraian berlaku kerana terlalu lama terkurung bersama.

“Tiada istilah sunyi, malah saya bersyukur masih belum berkahwin. Lihatlah apa yang berlaku kepada kebanyakan pasangan yang sudah berumah tangga apabila terlalu lama terkurung bersama?

“Banyak pula kes perceraian yang berlaku. Situasi ini membuatkan saya lega sebab tidak berkahwin lagi,” katanya.