Ramai Cemburu Awal Ashaari, Scha Alyahya Jumpa Lee Min Ho
Umum mengetahui, pasangan selebriti popular, Awal Ashaari dan Scha Alyahya kini berada di Itali bagi memeriahkan Minggu Fesyen Milan (MFW) 2022.
Menerusi Instagram, Awal dilihat ada memuat naik video memaparkan tempat duduknya dan Scha hanya selang beberapa kerusi tempat aktor terkenal Korea Selatan, Lee Min Ho.
BACA: Awal Ashaari Nafi Langgar Palang Rumah, Hanya Alih Guna Tangan
View this post on Instagram
Dalam video dikongsikan itu juga, turut kelihatan Scha Alyahya menyapa dan berborak dengan pelakon yang popular menerusi drama Boys Over Flower itu.
Awal juga sempat mengambil gambar bersama untuk diabdikan sebagai kenangan ketika menghadiri pertunjukan fesyen jenama terkenal Boss itu.
Perkongsian Awal itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut teruja, malah ada yang cemburu melihat pasangan itu dapat bertemu dan berbual mesra dengan Lee Min Ho.
MFW 2022 itu turut dihadiri barisan selebriti tersohor seluruh negara antaranya anggota kumpulan K-Pop Got7, Yugyeom, Luna Maya, Khaby Lame, Dr Naomi Campbell, J Balvin dan ramai lagi.
Mongok punya netijen!!!
Lin Mee Ho ni sape pulak? Aku pun teringin nak cemburu gak tp sape LMH ni?
Dia punya muka poyo masa tnjk kerusi LMH tu..Hahaha
Besnya..Walaupun xminat LMH, tp kalau dah jumpa kan..mesti nak ambik gmbr punya
Farizan Zainal kata ramai cemburu AA dan SA dpt jumpa org korea tu. Sapa cemburu tolong sinaraikan nama dlm blog ni. Nak kira brp org cemburu.