Semalam hangat diperkatakan apabila pelakon dan pengacara, Awal Ashaari didakwa melakukan perbuatan khianat dengan merosakkan palang pagar milik pengurusan perumahan. Bagaimanapun, Awal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Petalig Jaya semalam.

Tampil menjelaskan di Instagram, Awal berkata berlaku salah faham antara dirinya selaku pemilik rumah dan pihak pengurusan perumahan berkenaan.


BACA: Awal Ashaari Didakwa Lakukan Khianat, Rosakkan Palang Pagar Perumahan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Awal Ashaari ® (@awalashaari)

“Perkataan khianat itu agak keras tapi itulah akta. Ceritanya tiga bulan sebelum raya saya pindah rumah baru, tapi tak ada la pindah sepenuhnya, masih ada lagi barang lama saya di sana (rumah lama).

“Sebelum raya saya ke sana nak ambil barang tapi kad akses untuk masuk tak boleh guna, saya tanya pengurusan mereka kata ada beberapa bulan saya tak bayar yuran pengurusan. Saya faham mengenai itu dan akan bayar..tapi minta bagi masuk untuk ambil barang dulu.


“Mereka tetap kata tak boleh dan minta selesaikan dulu, sedangkan 14 tahun saya beli dan tinggal di situ tak pernah timbul isu saya tak bayar yuran, cuma terlambat bayar mungkin saya sibuk. Cuma apabila dah berpindah rumah baru ni saya terlupa tapi apa pun itu tetap rumah,” katanya.

Dalam pada itu, Awal mengakui dia mengalihkan palang menggunakan tangan berikutan permintaannya untuk masuk ke rumah tidak diendahkan bukan dia melanggar palang seperti yang dilaporkan.

“Tak ada budi bicara atau tolak ansur. Saya kata kalau tak boleh masuk, saya masuk sendiri…saya ambil tindakan alih sedikit pagar menggunakan tangan saya, tak langgar seperti dilaporkan berita.

“Saya turun dan alihkan palang, masuk ke dalam dan kemudian tutup semula menggunakan tangan saya. Itulah tindakan saya. Saya kesal sebab tiada tolak ansur.

“Mungkin kekhilafan saya tak bayar yuran pengurusan tapi saya memang duduk situ, itu membuatkan saya terkilan. Apabila saya dah masuk baru saya tahu mereka buat laporan polis akibat masuk rumah sendiri, macam ras anak gelak ada, nak menangis pun ada,” katanya.

Mengikut pertuduhan, Awal didakwa melakukan perbuatan itu di pondok pengawal Challis Damansara, Jalan PJU 3/30, Sunway Damansara, di sini dengan kerugian sebanyak RM600 pada 11.30 pagi, 16 April lalu.