“Ramai Cakap Tipu Sakit, Tapi Saya Dah Tahap Kritikal”
Umum mengetahui sebelum ini penyanyi Elyana mengesahkan menghidap kanser limfoma. Bulan lalu, Elyana memaklumkan kanser yang dihidapinya sejak 10 tahun lalu itu hampir memasuki tahap lima.
Malah, Elyana berkata doktor memaklumkan sel kanser berkurangan namun kini ia turut menyerang dan merebak ke beberapa organ badannya seperti rahim, hati dan pangkal paha.
BACA: Kanser Elyana Hampiri Tahap Lima, Merebak Ke Rahim, Hati & Pangkal Paha
Hanya kerana tidak pernah berkongsikan kesakitan dialaminya di media sosial, Elyana berkata ada yang tidak percaya dengan sakit yang dialaminya, malah ada yang tergamak menuduhnya menipu.
“Terus terang saya katakan, depan kamera saya akan kelihatan sebegini. Saya akan nampak ok, saya tak akan tunjuk yang saya sakit sekalipun, sampai bila bila. Saya minta maaf. Saya tahu ramai juga yang macam tak percaya saya sakit, ataupun saya tipu saya sakit.
“Sakit ni bukan main main. Ada sesetengah orang, selagi mereka tak nampak depan mata, selagi itu mereka takkan percaya,” katanya.
Menerusi satu temubual bersama MHI (Malaysia Hari Ini), Elyana berkata dia tidak akan sesekali menunjukkan kesakitannya kerana dikenali sebagai seorang penghibur bukan mahu meminta simpati.
“Tapi saya minta maaf awal-awal , saya takkan tunjuk sakit depan kamera. Saya seorang penghibur, saya nak menghiburkan orang, saya bukan nak orang simpati pada saya.
“Saya cuma nak doa orang-orang luar sana untuk saya. Saya nak mereka ingat nama saya dalam doa mereka,” katanya.
Dalam pada itu, menerusi temubual tersebut Elyana tidak dapat menahan sebak kerana tidak dapat menggambarkan kesakitan yang dialaminya dan mengakui dia sudah berada di tahap kritikal.
“Tapi, di belakang kamera , saya sebenarnya sakit, saya struggle sangat!. Macam pesakit kanser lain juga, saya sakit sepanjang masa. Tahap saya bukan tahap yang rendah lagi.
“Saya dah tahap yang kritikal. Saya kena teruskan hidup dengan kehidupan yang positif. Saya taknak fikir yang saya sakit, ia akan menyakitkan saya lagi. Saya akan buat macam biasa, positifkan diri. Kalau perlu buat kimo lagi, saya akan buat,” katanya.
- SUMBER
- Murai.my
sabar elyana,moga kembali sihat.. sabar dugaan Allah bg. sy bukan peminat elyana.. sy suka dengar lagu raya elyana, nana syura, budak spek hitam, arwah achik
moga elyana dan keluarga kuat
Tak baik la…takpelah sabar…kesian u semoga terus kuat mengharungi dugaan ini…biarkan aja manusia2 durjana
Sian awak…harap awak tabah dengan ujian Allah yang hanya sesetengah yang terpilih ja merasainya. Moga orang yang tersayang sekeliling awak dapat melegakan sengsara awak. Moga kita semua juga tabah dengan ujian masing2
This lady is an exercise in pertuturan putar belit. So you’re sick, you don’t want people to know you’re sick, then talk in public about being sick and not wanting people to know you’re sick? Ok. Husnuzon.
Itu belum lagi kalau orang (netizen) cakap pasal sakit mental. Semua nak stigma. Cakap dibuat-buatlah apa lah. Siap ada yang tuduh ambik gam la, weed la, gila la. Tu belum lagi ada netizen yg berceramah sakit mental sebab tak kuat iman, tak solat, tak zikir apa semua.
Moga Elyana kuat hadapi ujian sakit.. hanya yang sakit je faham.
Sebb org tak caya sebab ,dah sakit mcm tu pon tak pakai hijab lagi
Gaya mcm x sakit..mmg lh org x caye..
Kalau lihat btl2 raut wajah dan diri dia, nmpk sgt dia smkin kurus.. Kurus tak sht. Mmg blh nmpk. Ntahla mgkn netizen ckp dia main2 sbb dia tak show off dia pnya sakit. Aku bkn apa, tp skurgnya elyana tau..skt tu pnghapus dosa. Allah dah trunkn ujian skt kt kita, kita kne bnyk muhasabah diri. Dekat kn diri dgn DIA. Slowly tgglkn dunia hiburan. Rasanya smua org phm apa yg aku mksd kan. Dia yg baik2 utk elyana. Aamiin
Kalo tngk gmbr atas x nmpk sakit pun. Sapa penah tngk sedara, kwn2 yg bertarung dgn kanser atau sakit yg diambang kematian akan nmpk la cmne air muka org2 dlm situasi tu!
Kesian elyana.semoga tabah.kalau tgk.muka saja tknmpak sakit sbb dia stail muka besar.jd klu kurus pun tknmpak cengkung.tp bila tgk paha dia mmg nmpak badan dia mmg dh kurus sgt.
Hanya pesakit kanser yang faham keadaan pesakit kanser yang lain, orang yang sihat tidak akan pernah faham.
Mmg nampak lain wajahnya…Kesian semoga kuat mengharungi dugaan…biarkan lah yg mengata tu, nanti dia dah pergi semua kelam kabut rasa menyesal…
Tahap 5???? Okkkk
Wajah dia lain…kesian, tak usahlah kacau org tgh stress…kalau dia betul2 pergi yg kutuk2 jgn menyesal…terus tabah Elyana
Korang ni ngok kan. Cuba tengok bila camera fokus kat kaki dia. Kurus kering. Cubalah ada emphaty sikit kat orang.
Aku pun baru je operation ketumbuhan pd otak kira dah dkt 2 tahun la dan masih dlm proses pemulihan. Tp xde laa aku nk viral dan suruh sapa2 yg kenal aku semua dtg tngk aku. Dlm keadaan mcm ni kita sepatutnya lbh bnyk habiskan masa bersendirian dgn bnyk2 bertaubat, buat ibadat2 sunat sambil mengerjakan hubungan dlm keluarga sbb kita xtau bila kita akan mati. Xde faedah pun nk mintak simpati pd org luar. Lebih baik fokus pd diri dan org tersayang dikeliing kita!
Lingkup negara dgn mulut2 jahat netizen generasi ni….apa nak jadi dgn anak cucu korang nanti.
@makcik kepoh.. ko tak habis2 ngn pakai hijab pakai tudung apa ko ingat org yg pakai tudung tutup rambut x kena kanser ke babi!!
rindu zaman takde sosial media..just saying…*sigh*
Acik doakan Elyana cepat sembuh..
Sis… Banyak bersabar.. tengok mukasis pun nmp tk sihat.. org yg mengata berhati hati esok lusa kena batang hidung sendiri baru tahu… Take care sis
Be strong Elyana..
Get well soon
dah 2021 pon masih kanser tahap lima. apa gila rotikaya ni. buat la research lebih sikit sebelum menulis oi
Cantik Elyana nie..dari dulu suka..
Hanya dia yang merasa. Kita siapa nak menghukum yg dia buat2 sakit @ menipu. Saudara aku sorang baru meninggal hujung tahun 2020 lalu sebab kanser sama tahap mcm elyana ni…saudara aku…luar nmpk kuat n ceria…dlman sapa yg tahukan…saudara aku meninngal mengejut tanpa sedar yg dia sptutnya ada kemo pada 4.1.2021 yg lalu tpi tdk sempat. Btw doa yg baik2 semua. sapa thu kita yg sihat ni juga akan boleh sakit bila2 masa @ mati bila2 masa. Stay strong elyana.