fbpx

Kanser Elyana Hampiri Tahap Lima, Merebak Ke Rahim, Hati & Pangkal Paha

Umum mengetahui sebelum ini penyanyi Elyana mengesahkan menghidap kanser limfoma. Terbaru, Elyana memaklumkan kanser yang dihidapinya sejak 10 tahun lalu itu hampir memasuki tahap lima

Elyana berkata bulan lalu doktor memaklumkan sel kanser berkurangan namun kini ia turut menyerang dan merebak ke beberapa organ badannya seperti rahim, hati dan pangkal paha.

BACA: Elyana Henti Rawatan Kimoterapi, Beri Ruang Kepada Lebih Memerlukan

“Semasa saya dimasukkan ke hospital pada bulan lalu, doktor memaklumkan sel kanser lama sudah berkurangan. Ia merupakan satu berita gembira buat saya.

“Namun begitu, doktor mendapati kanser itu te­lah merebak ke bahagian lain iaitu rahim, hati dan pada pangkal paha,” katanya kepada Kosmo!

Meskipun saiz kanser masih kecil namun jika ia membesar boleh menyebabkan risiko lumpuh. Ujarnya, doktor mahu supaya rawatan kemoterapi dilakukan secepat mungkin, namun terpaksa ditangguhkan keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan.

“Saya hilang selera makan sejak beberapa bulan lalu sehingga menyebabkan badan lemah dan kurus. Kini berat saya hanya 40 kilogram.

“Berilah waktu untuk saya kuat dahulu, Insya-Allah kalau diberi kesempatan saya akan melakukan kemoterapi secepat mungkin,” katanya