fbpx

Tudung Fazura Habis Terjual Dalam 45 Minit

Setiap kali pelakon Nur Fazura melancarkan koleksi tudung terbaru, pasti ianya mendapat sambutan luar biasa dan akan habis dijual dalam masa yang singkat.

Nampaknya, koleksi tudung Fazura laku habis apabila tudung keluaran terbaru pelakon itu diberi nama The Sinar habis terjual dalam masa 45 minit sahaja di platform Shopee.

BACA: Fazura Sebak Nampak Wanita Pakai Tudung Keluarannya

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Fazura sempat berkongsikan mengenai berita gembira itu buat peminat serta meluahkan rasa syukur dan terima kasih kepada mereka yang membeli.

Dalam entri tersebut, Fazura berharap semua dapat membeli koleksinya itu serta memaklumkan masih ada lagi stok di laman web rasmi fazbulous.com

Diruangan komen, ada segelintir pengikutnya meluahkan rasa sedih tidak berkesempatan untuk mendapatkan koleksi tudung terbaru itu.

Koleksi The Sinar dihasilkan daripada Japanese Cotton Voile dengan 10 corak eksklusif dijual pada harga RM27 sahaja.