fbpx

Rakan Baik Bekas Isteri Tuntut Da’i Farhan Mohon Maaf

Kontroversi rumah tangga Da’i Farhan menjadi bualan ramai dan hangat diperkatakan apabila tular surat terbuka daripada seorang individu yang mendakwa pendakwah itu berkahwin dengan seorang janda anak lapan tanpa pengetahuan isterinya.

Susulan pendedahan itu, Da’i Farhan menafikan dakwaan tersebut serta membuat laporan polis dan tuntutan saman terhadap individu tersebut yang merupakan rakan baik bekas isterinya, Ches Al-Maliki.

BACA: Lelaki Dakwa Isteri Baru Da’i Farhan Larikan Keretanya?

Terbaru, Ches menerusi akaun Facebooknya berkata Da’i Farhan sudah pun menarik balik saman tersebut. Menerusi kenyatannya itu, Ches menuntut Da’i Farhan membuat permohonan maaf secara terbuka dalma tempoh 24 jam.

Sekiranya pendakwah itu gagal berbuat demikian, tindakan undang-undang akan diambil. Menurut Ches, permohonan maaf itu adalah untuk membersihkan namanya yang sebelum ini didakwa sebagai pemfitnah.

Dalam pada itu, Ches berkata peguamnya sudah pun bersedia untuk menfailkan saman terhadap pendakwah berkenaan.

Terdahulu, Da’i Farhan tampil menjelaskan dakwaan individu yang juga merupakan rakan baik isterinya kerana mahu membalas dendam dan tidak boleh menerima isterinya reda untuk hidup bermadu.