Lelaki Dakwa Isteri Baru Da’i Farhan Larikan Keretanya?
Meskipun pun bukan bergelar selebriti, namun hangat diperkatakan mengenai kontroversi melibatkan Da’i Farhan dan isteri barunya, Dr Erin. Malah, netizen juga seolah mahu mengetahui lebih lagi mengenai isteri baru pendakwah itu.
Nampaknya ada lagi cerita timbul mengenai isteri baru Da’i Farhan dimana sejak semalam, tular mengenai perkongsian seorang lelaki yang mendakwa kereta jenis Perodua Kenari miliknya telah dilarikan oleh isteri pendakwah itu yang dikenali sebagai Aerin sejak tahun 2013.
BACA: “Saya Pun Tak Nak Laki Orang, Tapi Itu Aturan Allah”
Apa yang mengejutkan, lelaki itu mendakwa namanya hampir disenaraihitamkan dan perlu membayar sehingga RM10,000. Dakwanya lagi, dia tidak dapat mengesan wanita tersebut sejak enam tahun lalu.
Menurut lelaki itu, dengan kuasa viral akhirnya kereta miliknya itu ditemui tidak jauh dari rumahnya dihadapan premis lama milik Aerin iaitu El Ilham Therapy Centre, Bayan Lepas.
Lelaki itu memaklumkan, nombor pendaftaran kereta berkenaan sudah ditukar dan disebabkan itu kereta miliknya itu tidak ditemui. Namun selepas memeriksa nombor chasis kenderaan dan terbukti ianya sama dengan kereta miliknya yang hilang.
Ujarnya lagi, masalah tersebut sudah selesai dimana pemilik kenderaan mendapat kembali jumlah wang RM10,000 yang sudah dibayar olehnya sebelum ini.
Nama Da’i Farhan menjadi perhatian apabila pendakwah itu mengumumkan sudah pun berkahwin dengan seorang janda anak lapan kemudian menceraikan isteri pertamanya yang sedang sarat hamil menerusi rakaman suara aplikasi WhatsApp.
- SUMBER
- BeautifulNara
Dorang ni artis ke??
Doctor to pencuri in 1 week..wow
Alhamdulillah…cpt betul dibyr tunai kt dunia ni lg. ?
Perampas laki org..perampas kete org..
Tlg buang title Dr dia tu sbb dia bukan Dr pun
Tkderla vitamin sgt.dlm semngu dh bau taik pun lalala
terbukti dr elektronik dpt wrong opponents a.k.a netizen bengang aura. hehehe..
Scammer tersohor. Versi wanita.
Aura scam dia macam Boi Belon.
Claim ada Dr la…. dari university tak wujud. Macam Vida Gedempol & Boi Belon punya tactics.
Claim anak 8 orang la… Sebenarnya 10 orang.
Orang pergi umrah untuk buat ibadah… dia ni buat umrah nak dapat suami baru.
Beware. Another Scammer