fbpx

Rakan Baik Bekas Isteri Saman Da’i Farhan

Umum mengetahui rumah tangga Da’i Nik Farhan menjadi bualan ramai apabila muncul surat terbuka seorang individu yang mendedahkan perkahwinan pendakwah itu dengan janda anak lapan adalah tanpa pengetahuan isterinya.

Bagaimanapun, Da’i Farhan menyifatkan ianya adalah fitnah dan membuat laporan polis serta tuntutan saman terhadap individu tersebut, Ches Al-Maliki yang merupakan rakan baik bekas isterinya, Fatin Nurul Ain.

BACA: Rakan Baik Bekas Isteri Tuntut Da’i Farhan Mohon Maaf

Isnin lalu, Ches Al-Maliki dalam satu kenyataan memaklumkan saman terhadapnya sudah ditarik balik dan susulan itu menuntut Da’i Farhan memohon maaf secara terbuka bagi membersihkan namanya yang sebelum ini didakwa sebagai pemfitnah.

Bagaimanapun, tiada permohonan maaf mahupun maklum balas daripada Da’i Farhan dan menurut Ches dia kni dalam proses untuk meneruskan tindakan saman terhadap perdakwah itu.

Terdahulu, menerusi Facebook Ches menuntut pendakwah menghantar surat rasmi dan membuat permohonan maaf secara terbuka melalui tulisan dan video dalam tempoh 24 jam, jika gagal berbuat demikian tindakan undang-undang akan diambil.