fbpx

“Rakaman Itu Dibuat Ketika Orang Dah Boleh Solat Jemaah”

Baru-baru ini kecoh mengenai program hiburan All Together Now Malaysia yang menghimpunkan seramai 50 selebriti sebagai juri sekaligus mengundang rasa tidak puas hati dikalangan netizen.

Penyanyi rap Tuju yang turut terlibat sebagai salah seorang juri berkata dia sedia memberi kerjasama sekiranya diminta untuk memberi keterangan kepada pihak polis.

BACA: Polis Panggil 50 Juri Selebriti All Together Now Malaysia

Meskipun ramai mengecam, Tuju yang juga anggota kumpulan K-Clique menjelaskan semua pihak yang terlibat sudah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang cukup ketat ketika proses rakaman.

“Shooting untuk program itu sudah berakhirnya sebenarnya, saya baca orang (netizen) naikkan isu yang orang tak boleh pergi masjid apa semua. Tapi rakaman itu sebenarnya memang dibuat ketika orang sudah boleh sembahyang berjemaah pada waktu itu.

“Saya ambil pendekatan berdiam diri sebab memang saya tahu semuanya selamat dan saya sedia beri kerjasama (jika dipanggil pihak polis),” katanya kepada mStar.

Terdahulu, polis akan memanggil kru penerbitan termasuk 50 juri selebriti yang terlibat dalam masa terdekat untuk siasatan.