fbpx

Rakam Siti Nurhaliza Keluarkan Duit Di ATM, Peminat Buat Aafiyah Takut

Sejak semalam tular di media sosial yang dimuat naik seorang pengguna TikTok memaparkan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza di mesin ATM.

Video tersebut mengundang kecaman ramai apatah lagi tindakan individu yang merakam video tersebut seolah mengganggu privasi Siti Nurhaliza yang sedang mengeluarkan duit.

BACA: “Saya Tak Perlu Menjerit Nyanyi Lagu Aina” – Siti Nurhaliza

https://twitter.com/heize80/status/1512982165188882432?

Video tersebut dimuat naik semula di laman Twitter oleh pengguna lain yang tidak bersetuju dengan tindakan individu yang mengganggu privasi seseorang seorang anak kecil ketika sedang mengeluarkan duit di ATM.

Meskipun ramai yang memuji penampilan penyanyi itu yang ‘cool’ memakai telekung namun tindakan merakam video secara sesuka hati adalah tidak patut.

Lebih menjadi perhatian, anak kepada penyanyi itu iaitu Aafiyah dilihat sedikit takut apabila menyorok di belakang ibunya ketika dihampiri peminat berkenaan.

Perkonggsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengecam tindakan individu tersebut. Kata netizen lagi, boleh sahaja menunggu sebentar bagi membolehkan Siti Nurhaliza melakukan urusannya terlebih dahulu.