“Saya Tak Perlu Menjerit Nyanyi Lagu Aina” – Siti Nurhaliza
Sejak Ahad lalu, persembahan duet Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Aina Abdul di pentas akhir Big Stage 2022 menjadi perhatian ramai sehingga tular di media sosial.
Ramai yang memuji vokal kedua penyanyi itu, namun ada juga yang membandingkan kualiti nyanyian Siti dan Aina.
BACA: Siti Nurhaliza Masih Malu-Malu Digelar Penyanyi Nombor Satu
Memetik mStar Online, bagaimanapun Siti berkata dia menyanyikan lagu Semalam dengan cara dan kemampuannya sendiri serta tidak perlu menjerit. Siti berkata dia turut meminta lagu tersebut digubah semula mengikut kesesuaian vokalnya
“Semestinya suara dia tinggi dan saya tak perlu pergi ke arah itu, tak perlu menjerit. Saya lebih kepada menyanyi dengan cara yang relaks dan semampunya serta sedap didengar,” katanya.
“Saya rearrange balik susunan lagu itu mengikut kesesuaian dan kemampuan saya. Aina juga sampaikan lagi saya dengan sangat bagus, waktu saya pilih lagu ni saya tahu dia boleh bawa dengan baik. Kalau peminat suka, semestinya saya pun gembira,” katanya.
Sementara itu, Siti turut menyuarakan pendapatnya bahawa industri muzik memerlukan pelapis yang berbakat besar seperti Aina.
Mengagumi bakat penyanyi lagu Sepi itu, Siti berkata dia tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan khidmat Aina menggubah lagu baharu.
“Dia seorang penyanyi yang pandai bermain muzik, jadi Aina boleh menghasilkan sebuah lagu yang sangat bagus,” katanya.
Ahad lalu, Siti membawakan lagu Semalam manakala Aina pula menyanyikan lagu hit penyanyi nombor satu itu iaitu Purnama Merindu.
- SUMBER
- mStar Online
Sejujurnya mlm tu sora Aina lg sedap, tp tu x bermakna sora tokti x sedap tp biasa laa kdg2 tu kita x jangka pun benda ni.
Bersara la asyik2 muka ko … x puas2 lg ke?
dua2 x minat
Org2 toksik spt yg bagi komen2 negatif ni adalah org2 yg bermasalah mental. Depression ni
Laaa..asal hg…dengki ngan rezeki org ke…adoiii..manusia toxic??
TokTi ni baik la sebenarnya dia sahaja kasi chance penyanyi baru…kalau tgok dari dulu bila dia duet dia sahaja tak nak out shine penyanyi lain. Tapi kalau sorang dia selalu bawak tinggi
aina bakat besar yg budak2 hingusan pdgn sebelah mata. biasa bebudak sekarang byk hadap youtube, janji muka lawa, badan sado, extra point kalau pandai gelek2 trend tiktok…suara kartun chipmunk ke, auto tune ke, terkepit ke…bukan kisah pun. peminat bodoh akan hasilkan artis sampah.
btl ape siti ckp… xperlu jerit-jerit… skit telinga ni… tgk siti.. masih bjaya dgn alunan suara dia sendiri
actually xde sape boleh tanding suara tokti..
ramai artis baru dan lme masih x boleh tarik high note sambil senyum mcm tokti…
apepn tokti mmg humble..
apepn aina abdul mmg suare sedap cme cannot compare tokti..
tak suka diam je. bukan semua suka apa yg kau suka. fikir2kan lah. Biarlah orang menang dengan cara mereka kenapa beri markah lebih lalau tak suka.
talam dua muka. lain didepan lain di belakang.
Zaman ctdk top dlm era dua puluh tahun lps. Nombor satu tu xyah sebut kot skrg. Mcm xde kmajuan di kalangan pengkarya dan pnghibur jika pnyanyi nombor satu bertahan selama 20 tahun. Mcm mmg xde artis lain ke atau ni berdasarkan sales album? Yg ni atas dasar apa ya. aku nak tahu knape org media mesti tulis nombor satu tu. Ada sesape tahu?.
Dengar lagu ‘semalam’. Its forgettable. X melekat dlm ingatan. Mungkin suara aina bagus technically. Tp lagu tu mcm x de la wow mana
Lirik yg kira bla bla je.