fbpx

Raja Ilya Dirasuk Ketika Penggambaran Filem Seram

Mengakui sudah merasai kelainan ketika menginap di bilik Yogjakarta, Indonesia untuk penggambaran filem seram, Raja Ilya menjelaskan bahawa dia meracau dan hampir dirasuk ketika di sana.

BACA: Raja Ilya Nafi Kini Jalin Cinta Dengan Syafie Naswip

“Hari kedua ketika penggambaran di Yogjakarta, Indonesia saya sudah dapat rasa lain macam ketika berada di bilik hotel. Saya tidak dapat berehat sepenuhnya sehinggalah saya meracau dan hampir dirasuk sehingga tidak boleh melelapkan mata kerana ketakutan”

“Kami menjalani penggambaran selama sepuluh hari di tempat-tempat yang memang di tanda sebagai tempat ‘keras’ seperti di Borobudur, Parangtritis, Gunung Merapi dan Candi Prambanan,” ceritanya kepada Sinar Harian.

Menurut Ilya lagi, dia terpaksa mendapatkan khidmat pengamal perubatan tradisional untuk mengembalikan semula semangatnya supaya dapat meneruskan penggambaran. Tambah Ilya, dalam filem tersebut, dia sememangnya terpaksa menjerit setiap apa. Macam manalah agaknya jadi filem ini nanti ya kalau asyik menjerit. (rtky/s)