fbpx

Raja Ilya Dedah Dilamar Ahli Perniagaan Dari Australia

Tahniah diucapkan kepada Raja Ilya yang bakal bernikah dengan seorang ahli perniagaan dari Australia. Berita baik itu dikongsi Raja Ilya menerusi gambar jari manisnya disarung cincin apabila dilamar kekasih.

BACA: Raja Ilya Dikritik Netizen Gara-Gara Ketiak Hitam?

“Ia adalah kejutan lamaran daripada TWG dan keluarga. Mereka merancang semuanya bersama teman baik saya di mana kami pergi ke Pulau Langkawi untuk suatu acara. Di pulau itu, teman baik saya mengajak makan malam di restoran”

“Saya hanya mengikut. Tanpa diduga, TWG muncul sambil diiringi lagu romantik yang dimainkan band di restoran terbabit Dia melutut di depan saya dan melamar. Semua ini berlaku tiga hari lalu”

“Bayangkan, dia buat semua itu di depan orang ramai dan keluarga. Terasa bagai menjalani penggambaran drama pula. Sungguh tak disangka tetapi saya amat gembira,” kongsinya mengenai momen bahagia dilamar.

Khabarnya tarikh pernikahan untuk pasangan ini masih belum ditetapkan namun Raja Ilya merancang untuk bernikah pada tahun depan. Ramai betul selebriti bernikah dengan ahli perniagaan dari luar negera sekarang. (rtky/w)