fbpx

Raja Ilya Dikritik Netizen Gara-Gara Ketiak Hitam?

Baru-baru ini, nama pelakon Raja Ilya menjadi perhatian ramai gara-gara sekeping gambar selfie yang di muat naik di Instagram miliknya. Menerusi gambar tersebut, Ilya kongsikan cara mengambil gambar swafoto bersama peminat di media sosial.

Bagaimanapun, mata netizen nampaknya lebih tertumpu kepada bahagian ketiak pelakon tersebut yang mengenakan baju tanpa lengan berwarna putih. Walaupun ramai yang memuji kecantikan Raja Ilya, namun gambar tersebut mengundang kutukan netizen.

BACA: Canggah Nilai Islam, Punca Raja Ilya Tolak Marvel

Rata-rata netizen menyifatkan pelakon itu tidak ada rasa malu untuk menayang bahagian ketiaknya yang didakwa hitam dan berdaki.

Namun ada pengikutnya cuba mempertahankan pelakon itu dengan menyifatkan netizen yang hanya tahu mengutuk dan mengata itulah sebenarnya mempunyai hati yang hitam.

Netizen pun satu hal, sampai bahagian ketiak pun boleh jadi isu. Apa pun, sebelum nak cari keburukan orang lain, cermin diri sendiri dulu.