fbpx

Raja Farah Dan Suami Selamat Timang Bayi lelaki

Tahniah diucapkan kepada Raja Farah dan suami kerana telah selamat menimang cahaya mata pertama mereka pada pagi ini dan bersalin secara normal. Berita gembira tersebut telah dimaklumkan sendiri oleh Raja Farah menerusi akaun Instagram beliau yang gembira dan begitu teruja dengan kelahiran seorang bayi lelaki comel seberat 3.16kg itu.

BACA: Raja Farah Masih Kekal Aktif Walaupun Hamil

Screen Shot 2016-08-10 at 6.38.41 PM

“Assalamualaikum semua, syukur Alhamdulillah kami nak umumkan secara rasminya, Farah dah selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.16kg, jam 3:35 pagi, bertarikh 10 Ogos 2016 secara normal. Syukur kehadrat Allah s.w.t. diatas anugerah ini. Terima kasih utk semua doa2 & kata2 sokongan dari semua kawan-kawan dan peminat,” tulisnya di Instagram.

Perkhabaran berita gembira itu sekaligus mendapat respon baik dari semua peminat beliau yang sudah lama menantikan kedatangan cahaya mata pertama pasangan ini. Malah ruangan komen juga dibanjiri dengan ucapan tahniah dari semua peminat beliau, selain itu ada juga di antaranya sudah tidak sabar lagi ingin melihat wajah bayi comel mereka itu nanti.

Walau apapun, tahniah sekali lagi kepada Raja Farah dan suami atas kelahiran cahaya mata pertama mereka ini. Semoga dengan kelahiran bayi lelaki ini, akan menambahkan lagi rezeki, keceraiaan serta kebahagiaan buat pasangan ini sebagai sebuah keluarga. (rkty/w)