fbpx

Raja Farah Masih Kekal Aktif Walaupun Hamil

Walaupun keadaannya sedang sarat mengandung dengan usia kehamilan sudah mencecah lapan bulan, Raja Farah akui dirinya masih aktif bergerak dengan melakukan pelbagai aktiviti seni terutamanya dalam bidang pengacaraan. Bukan itu sahaja, malah beliau juga kelihatan begitu cergas meskipun keadaan dirinya semakin berisi kerana berbadan dua.

BACA: Sejak Hamil, Raja Farah Malas Bersolek

“Usia kandungan saya kini sudah pun memasuki trimester ketiga. Walaupun sarat hamil, saya tidak boleh duduk diam. Saya masih tampil sebagai pengacara dalam rancangan bual bicara. Buat masa ini, saya memang sudah tidak aktif berlakon jadi, bidang pengacaraan mengubati rasa rindu kembali berlakon walaupun kadang-kadang terasa sedikit mengah”

“Saya sudah melakukan ujian imbasan, malah doktor juga memaklumkan jantina yang bakal dilahirkan. Tetapi, biar saya simpan sebagai rahsia hingga saya selamat bersalin nanti. Lagipun, kami tidak kisah apa jantina bayi nanti. Apa yang penting, bayi kami sihat sejahtera,” katanya kepada Sinar Harian Online berhubung dengan perkara berkenaan.

Meskipun tidak berdepan dengan alahan yang teruk semasa mengandung, namun Raja Farah lebih gemar bergaya ringkas sahaja tanpa meletakkan solekan berat pada wajahnya jika ingin keluar. Malah katanya lagi, suaminya juga tidak mengalami sebarang simptom mengidam yang bukan-bukan, jadi semuanya masih didalam keadaan yang terkawal. (rkty/w)