Raja Azura Tuntut Nafkah Anak Selepas 15 Tahun Bercerai

Pelakon dan pengacara Raja Azura memfailkan permohonan kebenaran pelaksanaan penghakiman berkaitan nafkah tiga anaknya daripada bekas suami, Adzmin Osman.

Memetik satu portal, Raja Azura berkata bekas suaminya didakwa culas membayar nafkah mengikut perintah mahkamah sejak 15 tahun lalu dan mahu mendapatkan hak anak-anak.

BACA: “Saya Lakukan Ikhlas Kerana Allah” – Raja Azura Kini Berhijab

“Ini kali pertama saya melangkah kaki masuk ke alam mahkamah. Saya failkan tuntutan ini bukan untuk bergaduh tapi untuk dapatkan hak anak-anak saya.

“Mereka pun dah cukup dewasa dan kuat untuk melihat saya melalui perkara begini,” katanya.

Sementara itu, Raja Azura berkata ketiga-tiga anaknya menyokong penuh tindakan tersebut dan dia bukan mahu mencari salah mana-mana pihak tetapi mahu selesaikan secara baik.

“Ini juga adalah atas permintaan anak-anak dan saya berjuang untuk mereka. Kalau boleh saya tak nak cari salah sesiapa tapi hanya mahu dapatkan hak seperti yang termaktub dalal lafaz taklik.

“Saya pun tak mahu bergaduh dengan bekas suami dan kalau boleh selesaikan secara baik. Kalau dia dapat munculkan diri pun saya dah bersyukur. Sekurangnya ini usaha saya untuk anak-anak,” katanya.

Untuk rekod, Raja Azura dan Adzmin Osman mendirikan rumah tangga pada tahun 2001 namun berpisah pada 28 September 2010. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata Megat Muhammad Raziq Adzmin, 23, Megat Luqman Hakim Adzmin, 22, dan Puteri Mia Maizura Adzmin, 20.

Sumber: mStar Online

×