fbpx

Raja Azura Sah Bercerai, Talak Satu Hujung September Lalu

Ini bukanlah kenyataan rasmi dari mulut Raja Azura atau suami sendiri, namun Harian Metro yakin yang sumber mereka adalah 100% tepat.

Menurut sumber pasangan Raja Azura & suami bercerai di sebuah mahkamah syariah di Selangor, pada 28 September lalu dan ia dilaksanakan dalam prosiding tertutup atas permintaan pasangan itu.

Raja Azura pernah muncul membuat sidang akhbar Ogos lalu menafikan yang beliau & suami memfailkan penceraian tetapi kunjungan mereka ke mahkamah adalah untuk mendapatkan khidmat kaunseling.

Sumber Harian Metro itu juga tidak dapat mengesahkan sebab sebenar penceraian pengacara yang popular dengan gelaran Kak Engku ini. Kita nantikan sahaja sidang akhbar Kak Engku sekali lagi nanti.

Sumber Berita: Raja Azura, Suami Berpisah (Harian Metro 7 Oktober 2010)