fbpx

Rahim Sepahtu Nafi Dakwaan Pukul, Tendang Isteri

Menafikan apa yang tersebar dan menyifatkan ia sebagai khabar angin, Rahim Sepahtu menjelaskan bahawa dakwaan dia memukul isterinya setelah berlaku sedikit salah faham adalah tidak benar sama sekali.

Rumah Terbuka Kardinal ‘IllumiRaya’ Membawa Transformasi Untuk Komuniti Kreatif Lokal!

Bila sebut Kardinal mesti korang ingat mengenai rokok alternative kan? Kardinal kini ingin menjadi salah satu brand yang menawarkan penyelesaian untuk membantu perokok tegar berhenti merokok. Bertempat di Boathouse By The Lake, Ampang Jaya pada...

Baca Lagi

BACA: Khabar Angin Rahim Sepahtu Meninggal Dunia Palsu

“Memang kami ada bertengkar. Biasalah kehidupan suami isteri memang begitu, tapi saya tak pukul (isteri). Saya pun baru tahu hal ini dan terkejut juga apabila mendengarnya. Saya rasa ini hanyalah khabar angin”

“Masalah di antara kami sudah pun selesai,” katanya. Melalui Harian Metro juga, Rahim didakwa memukul isterinya di muka, kepala dan bahu selain turut menendang belakang badan dan punggung isterinya.

Melalui perkembangan terbaru melalui Instagram isteri Rahim oleh OHBULAN!, Kolin Abdullah, dia menyatakan laporan polis yang disebarkan di beberap lama media sebagai palsu dan dalam masa yang sama turut menafikan insiden tersebut. (rtky/s)