fbpx

Raees Buah Tangan Terbaru Dari Shah Rukh Khan

Aktor bollywood, Shah Rukh Khan tampil dengan filem terbarunya berjudul Raees bergandingan dengan pelakon Mahira Khan. Filem yang berlatar belakangkan persekitaran di Gujerat, memaparkan kisah perjalanan seorang pengusaha minuman keras pada tahun 1980 an.

Watak yang dilakonkan Shahrukh Khan dalam filem ini digambarkan sebagai seorang yang bijak, pandai, cerdik dan kadangkalanya bersifat kejam dalam menguruskan bisnes tersebut.

Namun, konflik terjadi apabila bertemu dengan dengan seorang pegawai polis yang lebih bijak darinya iaitu ACP Ghulam Patel yang dilakonkan oleh Nawazuddin Siddiqui.

Pegawai polis itu berjaya menangkap Raees Bhai dalam sebuah operasi di Mumbai, India. Setelah itu bermulanya pelbagai aksi thriller dalam filem ini.

Bagi peminat filem Bollywood, berbaloi sekiranya anda menonton filem ini kerana terdapat unsur-unsur agama, kasih sayang, ikatan kekeluargaan dan sifat keperikemanusiaan yang dipupuk dalam filem ini.

Menariknya juga filem tersebut berlatar belakangkan tahun 1980 an dan terdapat tempat-tempat menarik yang dilakonkan sepanjang 2 jam 30 minit.

Info Tentang Filem Raees

Filem: Raees
Tarikh Tayangan: 25 Januari 2017
Sutradara: Rahul Dholakia
Produser: Farhan Akhtar, Ritesh Sidhwani dan Gauri Khan
Produksi: Excel Entertainment dan Red Chillies Entertainment
Bahasa: India (Bollywood)
Negara: India
Pelakon utama: Shah Rukh Khan, Nawazuddin Siddiqui, Mahira Khan