Kisah ini kami baca di KOSMO! seminggu yang laluSlowpoke is slowpoke.

Umum sedia maklum yang Radhi OAG kini sedang menjalani proses pemulihan di Rumah Pengasih dek masalah najis dadah.

Atas sebab itu, duda kepada Shazlin Sharif ini tidak dapat pulang beraya di kampung halaman beliau di Kuching, Sarawak.

Namun, itu akan terubat apabila keluarga Radhi OAG bersama anak tunggal beliau Mohd. Rifdhi Muslim datang melawat pada hari raya pertama lalu.

Bercerita tentang gadis dalam hati, Radhi OAG mengakui beliau kini sedang dalam proses mengenali hati budi seorang gadis yang jauh lebih muda dari beliau.

Selepas membuat sedikit kajian ringkas, kami dapat mengenalpasti idenditi gadis berusia 17 tahun ini sebagai Nur Shahira yang masih menuntut di Tingkatan 5.

Setahun yang lalu, Radhi OAG pernah membawa gadis ini ke mesyuarat Persatuan Karyawan namun ketika itu menafikan sebarang hubungan cinta dengan gadis muda ini.

Radhi OAG mengakui yang gadis ini antara penyebab utama dia berazam untuk memperbaiki diri dan dengan rela hati mendaftar di Pengasih.

“Saya mahu jika saya berkahwin sekali lagi, saya ingin rumah tangga itu disulam dengan akidah yang betul, jadi sebelum itu saya harus perbetulkan diri saya sendiri sebelum saya boleh memimpin orang lain,” kata Radhi OAG.