fbpx

Radhi OAG & Ayu Sah Bercerai Talak Satu

Rumah tangga Radhi OAG dan isteri, Shahira Ayu akhirnya bertemu titik noktah apabila pasangan itu disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, Petaling Jaya hari ini.

Terdahulu, kes perceraian mereka agak merumitkan apabila Radhi OAG tidak mengingati lafaz cerai yang dilakukan terhadap isteri.

BACA: Radhi OAG Tak Ingat Lafaz Cerai Terhadap Isteri

Hakim Syarie Husaini Roslin mengesahkan lafas talak yang diucapkan Radhi terhadap isterinya pada 25 Mac lalu adalah sah dan mengikut syarak.

Difahamkan, Ayu memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai itu pada 3 Jun lalu mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Pada 24 Jun lalu, Radhi menerusi keteranganya memberitahu dia tidak mengignati lafaz cerai yang dibuat pada hari kejadian namun akhirnya menukar kenyataan dan mengakui menceraikan isterinya itu pada pukul 4.20 pagi.

Radhi dan Ayu mendirikan rumah tangga pada 14 April 2014 dan dikurniakan dua anak, Nur Aisyah, 4, dan Muhammad, 3.