fbpx

Rabecca Nur al-Islam Tampil Bertudung, Dapat Hidayah Ketika Tunai Umrah

Nampaknya doa ramai untuk melihat Rabecca Nur al-Islam tampil berpakaian seindah namanya termakbul apabila selebriti ini telah mengambil keputusan untuk terus berhijab sejak pulang menunaikan umrah hujung bulan lalu.

Bercakap kepada mStar Online hari ini, Rabecca Nur al-Islam mengakui yang beliau sudah mula berhijab sejak menunaikan umrah bersama suami & ahli keluarganya dan selesa dengan penampilan sebegitu.

“Sepanjang menunaikan Umrah, saya rasa cukup selesa dengan berhijab dan ketika pulang ke tanah air pada Isnin lalu, rasa pelik pula apabila tidak berhijab”

“Kemudian saya nekad mahu kekal berhijab — lagipun memang dari dahulu lagi saya berniat mahu menutup aurat. Alhamdulillah, Allah memberi hidayah kepada saya ketika di Mekah”

Mendapat sokongan suami untuk berhijrah menjadi muslimah yang lebih baik, Rabecca Nur al-Islam juga berkata beliau kini lebih tenang selepas melakukan penghijrahan dalam hidupnya selain menutup aurat. Manis nampak bila pelakon ini berhijab. (rtky/eka)