fbpx

Rabecca Nur al-Islam Derma Duit Saman Erma Fatima Buat Mangsa Banjir

Jika sebelum ini kecoh di kalangan peminat hiburan ketika Erma Fatima menyerahkan RM11,200 kepada Rabecca Nur Al-Islam dalam bentuk syiling 5 sen, pengarah juga penerbit itu sekali lagi membayar jumlah sama dengan nominasi RM1 selepas bayaran pertama di’pulangkan semula.

BACA: Erma Fatima Bayar Rabecca RM11,200 Dengan Syiling 5 Sen

“Saya tidak tahu mengapa dia berbuat demikian, mungkin ini membuktikan dia masih tidak ikhlas mahu melakukan pembayaran mengikut arahan mahkamah. Bagaimanapun untuk tidak terus memanjangkan lagi kes ini, saya terima,” ujar Rabecca.

Dalam kenyataan sama kepada Utusan Malaysia, Rabecca berkata yang beliau akan dermakan keseluruhan wang berjumlah RM11,200 yang diterima hasil memenangi saman Erma Fatima kepada mangsa banjir di Kuantan, Pahang dan pihak lain yang memerlukan.

“Kini saya dalam perjalanan ke Kuantan untuk membantu mangsa-mangsa tragedi banjir di sana dengan menggunakan duit tersebut,” tambahnya lagi. (rtky/m)

giphy