fbpx

Qistina Raisah Bertudung Sebab Hormat Peraturan Di Kelantan

Baru-baru ini, penampilan pelakon remaja Qistina Raisah menjadi perhatian ramai apabila tampil mengenakan hijab sekaligus mendapat reaksi positif netizen.

Bagaimanapun, menerusi perkongsian di TikTok Qistina menjelaskan dia tampil bertudung kerana menghormati peraturan yang ditetapkan jika ingin berniaga di Kelantan.

BACA: Pakai Baju Tanpa Lengan, Qistina Raisah Ditegur Netizen

@qqistinaraisah

Replying to @HazTheOD?

? original sound – Z7duckx_Music – Z7duckx_Music

“Assalamualaikum semua, saya kat sini nak cakap saya sebenarnya bukan on off bertudung. Saya pakai tudung hari itu sebab saya berniaga kat Kelantan. Jadi, peraturan di Kelantan, vendor-vendor di situ kena pakai tudung untuk menghormati peraturan di sana.

“Memang ada kat sana ada yang tak pakai tudung cuma kami sebagai vendor kena pakai tudung. Jadi, minta maaf mana yang sudah kecewa dengan saya,” katanya.

Sementara itu, Qistina turut meminta orang ramai mendoakan yang baik-baik agar dia terbuka hati untuk bertudung sepenuhnya suatu hari nanti.

“InsyaAllah satu hari nanti. Korang doakan lah baik-baik, mana tahukan saya pakai betul-betul. Jadi, jangan cakap saya on off sebab saya memang bukan pakai tudung. Saya pakai sebab pergi Kelantan,” katanya.