fbpx

Pakai Baju Tanpa Lengan, Qistina Raisah Ditegur Netizen

Baru-baru ini, pelakon muda Qistina Raisah dilihat ada memuat naik gambarnya di Instagram bercuti di Pulau Langkawi bersama-sama keluarga.

Menerusi entri itu, Qistina tidak lokek berkongsikan momen ketika berada di atas kapal. Dalam gambar tersebut, pelakon berusia 16 tahun itu mengenakan dress berwarna biru tanpa lengan.

BACA: “Tolong Jangan Bandingkan Anakku Dengan Anak Orang Lain” – Ibu Qistina Raisah

Seperti sudah dijangka, ruangan komen perkongsian itu dihujani dengan kritikan serta ada yang terkejut melihat penampilan seksi Qistina itu.

Tidak kurang juga, ramai menitipkan nasihat buat pelakon itu serta mendoakan agar diberikan hidayah serta menutup aurat dengan sempurna.

Dalam pada itu, ada yang mengatakan pelakon itu sedang menikmati masa remajanya dan menegur individu yang mengecam seolah tiada dosa kerana kita tidak tahu apa akan terjadi di masa akan datang pada keluarga masing-masing.

SUMBER: Kosmo