fbpx

Qi Razali Sahkan Kini Sedang Bercinta Dengan Nelydia Senrose

Walaupun sebelum ini berkali kali menepis dakwaan yang mereka berdua bercinta, akhirnya Qi Razali sendiri membuka mulut mengakui yang Nelydia Senrose kini memang bergelar kekasihnya.

“Sebelum ini hubungan kami memang hanya kawan tetapi sekarang ia telah menjadi cinta. Saya mengakui, Nelydia adalah kekasih saya”

“Bagaimanapun biarlah percintaan kami berjalan dengan perlahan-lahan kerana saya tidak mahu kegagalan dahulu berulang,” ujar Qi Razali kepada mStar Online hari ini.

Qi Razali juga turut menambah yang kematangan dan sifat kelakar Nelydia Senrose membuatkan persahabatan mereka kini bertukar menjadi serius dan bercinta sebagai pasangan kekasih.

“Bagaimanapun saya tidak mahu terburu-buru kerana kerjaya Nelydia pun sedang meningkat dan biar dia tumpu kepada kerjayanya dahulu,” tambah Qi Razali yang meletakkan sasaran dua tahun untuk kenal hati budi.