fbpx

Qazem Nor Malu Penaja Tarik Diri & Batal Resepsi Perkahwinan

Anda mungkin jarang mendengar nama Qazem Nor yang merupakan seorang pelakon yang telah terlibat dengan dunia lakonan sejak 9 tahun yang lalu.

Pelakon lelaki ini di’jadualkan untuk bernikah pada 20 Oktober 2012 ini dan satu majlis resepsi yang mendapat tajaan penuh bakal berlangsung pada hari yang sama.

Namun, pihak penaja Mawex Sdn Bhd yang juga penganjur Malaysia Wedding Expo 2012 telah menarik diri & membatalkan penajaan atas alasan masalah kewangan.

“Saya dihubungi penaja jam 6.30 petang, 12 Oktober yang lalu memaklumkan mereka membatalkan segala penajaan dengan alasan tidak cukup wang untuk menampung segala kos”

“Saya sangat kesal, kecewa dan tidak berpuas hati dengan apa yang mereka lakukan dan berasa sangat tertipu. Sebagai selebriti, maruah saya dijatuhkan berikutan majlis pernikahan pun semakin hampir dan kad undangan juga sudah diedarkan. Jadi, ia mendatangkan masalah cukup besar kepada saya”

Laporan Harian Metro hari ini juga menyebut yang Qazem Nor telah membuat laporan polis pada 14 Oktober lalu dan berniat untuk mengambil tindakan saman terhadap pihak terbabit sebagai satu pengajaran buat mereka. Hmm.