fbpx

Qalisha Menangis Di Pelancaran Album, Bakat Baru Dicungkil Ajai

5 Oktober 2011 pastinya tarikh yang tidak dapat dilupakan oleh pendatang baru dalam bidang seni suara, Noor Qalisha Ahmad Rashid.

Gadis yang lebih mudah dikenali dengan nama Qalisha ini melancarkan album pertamanya petang tadi di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur.

Ketika berucap di pentas Qalisha menangis kerana terharu dan gembira akan pelancaran albumnya ini dan tidak menyangka ramai pihak media yang hadir untuk memberi sokongan kepadanya.

Kami di’fahamkan bahawa bakat Qalisha telah dijumpai komposer terkenal Ajai 5 tahun dahulu di restoran ayahnya di Kuala Terengganu tetapi ketika itu hasratnya untuk menjadi seorang penyanyi terpaksa dipendam kerana ketika itu Qalisha masih lagi bersekolah dan menetap di Terengganu.

Tetapi dua tahun lalu keluarganya telah berpindah di Kuala Lumpur dan Qalisha pun menyahut cabaran Ajai untuk menjadi seorang penyanyi terkemuka.

Tanpa menoleh kebelakang jelitawan ini mengorak langkah satu persatu sehingga berjaya menghasilkan albumnya pada hari ini. Ada sebabnya bintang baru ini menangis — cabaran yang di’lalui bukan mudah belaka.

Kepada peminat diluar sana janganlah lupa untuk membeli album jelitawan ini yang bertajuk QALISHA yang sudah berada di pasaran di’bawah edaran Warner Music.

Layankan beberapa keping gambar di’majlis pelancaran album Qalisha yang di’hantar sendiri oleh si empunya diri. Sekali lagi, jangan lupa dapatkan album terbaru Qalisha di’pasaran.