fbpx

Puteri Sarah Sifatkan Syamsul Yusof Pengecut

Malam tadi, Puteri Sarah memuat naik video memberi respon selepas suaminya, Syamsul Yusof membuat pengakuan sudah pun bernikah di Thailand semalam.

Menerusi video itu, Puteri Sarah berkata tujuan dia memuat naik video tersebut adalah untuk menjelaskan perkara sebenar susulan fakta tidak tepat diperkatakan suaminya.

BACA: “Terima Kasih Akhirnya Mengaku, Terima Kasih Kerana Khianati Saya” – Puteri Sarah

Puteri Sarah berkata dia hairan kerana sudah membeli peluang sejak empat tahun lalu untuk berbincang serta pernah bertanya sama ada suaminya mahu berkahwin dengan Ira namun Syamsul tidak mahu.

“Pelik, selepas empat tahun perkara ni berlaku.. I bagi peluang untuk you bercakap tapi you tak bercakap apa pun. Banyak kali i tanya nak kahwin dengan dia ke tak? Tapi you kata tak nak.

“Bukan dengan I je, dengan ahli keluarga.. sepupu semua. Tapi you kata takkan berkahwin dengan dia. Sebab apa I suruh kahwin? Sebab I tak nak bersubahat, maksiat You buat tu lah,” katanya.

Menurut Puteri Sarah, dia juga mempersoalkan bagaimana mahu berbincang untuk mengenai hal rumah tangga mereka sedangkan suaminya telah menyekat nombor telefonnya sejak setahun lalu.

“You tiada di rumah dan tinggalkan saya terkontang-kanting uruskan anak-anak seorang diri. Sebab I perlu orang menjaga dan membesarkan anak-anak bersama dengan I. You takde, You tinggalkan kami. I terkontang kanting, terpaksa menjawab soalan anak-anak. Mana ayah diaorang?

“Macam mana nak bincang kalau you sekat nombor telefon I? Dah setahun. Kalau awak ‘unblock’, saya boleh datang berbincang dengan awak di rumah. You tahu I ada dekat mana…tinggal dengan siapa. Saya ada di rumah ibu bapa I atau rumah ibu bapa You,” katanya.

Dalam pada itu, Puteri Sarah menyifatkan suaminya seorang lelaki pengecut kerana hanya menjelaskan segala persoalan selepas bernikah kemudian menyalahkan dirinya.

“Tindakan You sekarang adalah I rasa sebagai lelaki pengecut. You dah kahwin apa semua, baru keluar di media sosial dan salahkan I.

“Kalau tak nak jumpa I takpe, you patut bincang dengan ibu bapa kedua-dua pihak. Padahal banyak kali you menafikan tak nak perempuan tu. Jadi sekarang ni hal dah jadi terbalik, berhenti salahkan I,” katanya.

Sementara itu, Puteri Sarah turut berharap Syamsul berhenti mempergunakan nama Allah kerana ia hanya menampakkan suaminya itu munafik.

“Jangan kata I buka aib.. You tahu tak apa perasaan I masa dalam pantang? Tengok video You dengan perempuan tu, dia provok I. Jadi I dah bincang dengan peguam, kalau betul You buat perkara yang betul, You mesti akan bernikah di Malaysia, bukan di Thailand.

“Sebab itu hanyalah tindakan lelaki pengecut dan berhentilah guna nama Allah sebab itu lagi menampakkan You munafik,” katanya.