“Terima Kasih Akhirnya Mengaku, Terima Kasih Kerana Khianati Saya” – Puteri Sarah
Susulan pendedahan pengarah terkenal Syamsul Yusof bahawa dia sudah bernikah dengan Ira Kazar, aktres Puteri Sarah mengucapkan terima kasih kepada suaminya akhirnya membuat pengakuan tersebut.
Memetik Harian Metro, Puteri Sarah turut berterima kasih kepada suaminya itu kerana mengkhianatinya serta memberitahu mempunyai bukti mengenai hubungan mereka.
“Saya berterima kasih kepada Syamsul kerana akhirnya mengaku sudah berkahwin. Dalam masa sama, saya berterima kasih kerana mengkhianati saya dengan memutarbelit fakta sebenar apa yang berlaku.
“Tapi tak mengapa saya ada semua bukti membabitkan hubungan mereka. Jadi kita tunggu di mahkamah,” katanya.
Menurut Sara lagi, suaminya sepatutnya bersikap gentleman serta berterus terang untuk menyesaikan masalah tersebut. Sarah turut mendedahkan suaminya telah menyekat nombor telefonnya sejak setahun lalu.
“Sebelum dia ajak saya balik rumah untuk berbincang saya nak tanya dia balik kenapa selama ini diam? Kenapa baru sekarang nak mempersoalkan? Dan siapa yang keluar rumah dulu?
“Kami serumah pun tak bercakap. Dia duduk terperap dalam bilik sedangkan isu dalaman rumah tangga sudah lama sejak saya tahu hubungan dengan wanita itu. Kenapa ketika itu dia tidak cuba berterus terang dan menyelesaikan masalah ini?
“Kenapa dibiarkan berlarutan sampaikan dah kahwin pun saya tahu dari media sosial. Kenapa tak hubungi atau cari saya di rumah keluarganya saja. Jangan cakap saya tak cari sedangkan dia ‘block’ nombor telefon saya sejak setahun lalu.
“Tolonglah saya merayu jangan bermuka-muka atau bersikap naif dalam isu ini. Kita sudah matang dan kamu sebagai ketua keluarga sepatutnya lebih bijak dalam menangani masalah yang kamu cari,” katanya
Sementara itu, Puteri Sarah berkata tuduhan suaminya mendakwa dia keluar rumah dan membawa anak-anak tanpa keizinannya adalah tidak berasas kerana dia dan anak-anak hanya berada di rumah mentua.
“Saya tidak lari ke mana-mana. Saya ada di rumah mentua dan sesekali di rumah mak ayah saya. Anak-anak juga di situ. Kenapa tak datang? Pernah ke datang? Malah ketika kami nak menunaikan umrah tahun lalu, adakah patut dia minta keluarga mentua membawa anak-anak pergi berjumpa dengannya.
“Sepatutnya dialah yang datang ke rumah keluarga untuk berjumpa anak-anak. Selama ini bukan saya tak nak berbincang, malah keluarga juga sedaya upaya menasihatinya,” katanya.
Dalam pada itu, Sarah berkata dia pernah bertanyakan kepada suami sama ada mahu berkahwin dengan wanita itu atau pun tidak, namun Syamsul mengatakan tidak mahu.
Kata Sarah lagi, disebabkan keputusan Syamsul berkahwin dengan Ira di Thailand, isteri barunya itu melanggar perintah injuksi seperti yang difailkan olehnya tahun lalu.
“Saya dah pernah tanya banyak kali sama ada nak berkahwin dengan Ira ataupun tidak, tapi dia tidak mengaku dan beberapa kali dia tidak mahu berkahwin dengan Ira.
“Kalau mengaku dari awal tidaklah saya perlu saya turun naik mahkamah dan pergi ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan untuk membuat laporan terhadap gangguan yang dibuat oleh wanita itu.
“Sekarang ini isteri baru anda sudah menghina mahkamah dengan melanggar perintah injuksi. Apapun saya jumpa isteri baru anda di mahkamah,” katanya.
- SUMBER
- Harian Metro
U go girl!!!! Llaki xde telo ptt dpt blsnnya….
Complicated! Mintak cerai jela if xdpt bermadu..ada je yg sudi terima coz u msh muda..anggapla ini dugaan hidup n semuanya telah tertulis..ckp byk pun x guna..tendang pun x kena..move on k
hmmm dorg dh nikah pn. Now u kena decide nk stay or x. move u sis. U pn ada hak UTK bhgia.
Takpe la PS…biar betina tu pulak hadap perangai laki tu nanti,kalau dah pengecut tu sampai bila2 pun mcm tu & x mustahil bini dia sekarang pun dia akan buat mcm tu..hidup ni mcm roda..fokus dgn kerja,fokus dgn anak2.
PS sgt cantik ada lelaki yg lebh baik ingin jadikan PS sebagai isteri jika PS buat keputusan bercerai itu lebih baik utk diri sendiri dan anak-anak.
Tahniah sarah. Kami sokong tindakan bijak demi kebenaran sb depa buat u torture all this while. Allah sayang u…
Mungkin kah suami cari isteri baru sebab yg lama tu biadap, tak taat atau bukan ciri ciri isteri yg di idamkan.
Memang perangai a piece of shit
isteri je biadap? laki duk rumah peruk dlm bilik tak tegur isteri, block hp isteri tak biadap tu? bagus la perangai suami mcm tu pastu mintak isteri mithali mcm rahim plug ye. nabi saw tak buat isteri mcm tu. aku pantang laki da kawin buat perangai bujang. duk peruk dlm bilik main hp. cukup time makan berak. pastu malam mintak isteri layan. kalau malas nak layan keluarga, nak hidup layan diri sorang baik tak payah kawin. takde la anak isteri nak menyusahkan kamu kan. bangang
isteri je biadap? laki duk rumah peruk dlm bilik tak tegur isteri, block hp isteri tak biadap tu? bagus la perangai suami mcm tu pastu mintak isteri mithali mcm rahim plug ye. nabi saw tak buat isteri mcm tu. aku pantang laki da kawin buat perangai bujang. duk peruk dlm bilik main hp. cukup time makan berak. pastu malam mintak isteri layan. kalau malas nak layan keluarga, nak hidup layan diri sorang baik tak payah kawin. takde la anak isteri nak kamu kan. bangang
@Isteri Baru Lagi Best..takde bestnya kalau dpt kerang busuk yg dah terbiar lama kena terek matahari, lepas tu video twerk tersebar dpt tonton ditonton seluruh dunia selama 7keturunan..itu best? Kebodohan apakah ini?
Kifarah tu ade..perbuatan suami menganiayai isteri..perbuatan ank membelakangi ibu bapa…perbuatan seorg perempuan yg berakal menggoda seorg yg masih brstatus somi org..ade ank lagi..dlm.keadaan ibu bapa kepada lelaki trsbut pon x merestui..pempuan tu pon bkn seorg skit mental ke ..die buat dlm keadaan sedar..dan pempuan itu bkn daif sgt ke..mksud I laki tu kahwini die bukan sbb utk selamatkan permpuan tu dari segi yg menurut islam..mcm nabi buat..nbi muhammad kawen bkn sbb nafsu tp demi islam..sbb korg2 kan kate semua tu sunnah..pls ye dalami ape sunnah nabi dlm.poligami sblom nk sokong poligami..klu da brskandal bertahun.n tgglkan isteri..skandal mse isteri bru brslin..tu ape yg nabi suruh kee…perbuatan isteri mwngaibkn somi pon tgkla punca sbb ape..trjadi kite sume tau bcoz die bukak kes kat mahkamah n die artis..so org jadi tau..pikir la logic..klu bkn retis mmg la ..bole la sorok
Cermin diri sebelum menghukum seorang tu biadap. Jangan menghukum kerana tak berada di tempat mangsa . Memang betul suami boleh berkawin lebih walaupun mampu atau tidak.
Tapi kalau suami ketua keluarga yg mulakan cara tak betul untuk berpoligami sudah tentulah isteri ikut cara yg tak betul jugak. Ketua keluarga ni kan sifu isteri. Baik dia baiklah isteri. Tak baik dia tak baik lah isteri. 4 tahun tau. Bukan 4 jam.
Isteri adalah amanah dan anugerah Allah. Kalau suami yg baik dah tau isteri tu biadap , betulkan dia. Kalau tak boleh di perbetulkan pulangkan dia pada orangtuanye. Semua dah tertulis dalam AlQuran. Jangan biarkan nafsu control kita. Let’s us control our nafsu sbb kita tak mahu jadi ahli keluarga Syaitan.
Suroh yasin at 60.
All the best to all my Muslim family . I love you. Let’s stay together. Don’t heart others because you yourself don’t like to get heart.
Assalamalaikum. ALLAH sayang kita.
Kamsiah…
Statement ko Salah.
Ko kata mmg suami boleh kahwin lebih wlpn mampu atau tak?
Jgn sebar ajaran sesat..
Poligami hukum asalnya adalah HARUS.
Maksudnya dibolehkan. Tapi bergantung jugak kpd beberapa keadaan. Hukum poligami:-
SUNAT : Bila seorang suami mampu zahir
& Batin &ada keperluan utk
kahwin lbh. Contoh istri dah tak
mampu beri zuriat tapi suami nak
sgt zuriat. So, dkt sini poligami
jd sunat.
MAKRUH : Bila seorang suami tu tak ada
sbrg keperluan utk kahwin byk.
Saja2 je gatal kawin byk & dia
sendiri x Pasti dgn
kemampuannya sama ada zahir
/batin.Ni bleh jd makruh sbb klu
poligami takut tgk2 dia x mampu
pun sbnrnya. Takut aniaya istri je.
HARAM : Bila seorang suami x mampu
zahir/batin. Atau x mampu
kedua-duanya(zahir & batin)
Klu beli rumah pun
bkongsi bayar dgn isteri tu dikira
belum mampu ye.
Poligami tak Dak hukum wajib ye.
Jadi, statement kau kata laki boleh kawin byk wlpn tak mampu tu Salah ye. Laki yg x mampu kahwin byk HARAM hukumya poligami.
Aku tulis ni bkn saja2. Aku pernah blaja FIQH MUNAKAHAT. Dlm fiqh munakahat ada topik poligami ni. Jadi aku just berkongsi apa yg aku pernah blaja.