fbpx

Sejak bercerai pada 14 Jun lalu, Puteri Sarah dilihat gembira meneruskan kehidupan seperti biasa bersama dua anaknya, Syaikhul dan Sumayyah.

Baru-baru ini, Puteri Sarah dilihat ada memuat naik video di Instagram melakonkan perangai ‘mak-mak’ ketika sarapan pagi di hotel yang tidak habis di makan.

BACA: Puteri Sarah Terbuka Terima Bakal Suami Orang Industri Seni

Menerusi video itu, kelihatan Sarah menunjukkan cara ‘mak-mak’ membungkus makanan di hotel kerana anak-anak tidak dapat menghabiskan makanan mereka.

“Perangai mak-mak bila makan buffet tak habis. Siapa perangai dia macam ni. Siap ada tangan kecil tolong kat tepi tu,” tulisnya.

Perkongsian Puteri Sarah itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengakui mereka turut melakukan perkara sama ketika makan di hotel.

Malah, ibu mentua Puteri Sarah iaitu Datin Patimah turut meninggalkan komen mengaku pernah melakukan perbuatan tersebut.

Dalam pada itu, ada netizen yang kurang senang atau mungkin panas hati dengan perkongsian Puteri Sarah itu serta mengatakan sejak bercerai perangai pelakon itu dikatakan semakin mengarut.