fbpx

Puteri Sarah Terbuka Terima Bakal Suami Orang Industri Seni

Sudah sebulan bercerai pada 14 Jun lalu, pelakon Puteri Sarah berharap dia akan dipertemukan jodoh dengan cepat seperti rakan selebriti lain iaitu Mizz Nina dan Nad Zainal.

Menerusi sesi siaran langsung di TikTok baru-baru ini, Puteri Sarah berkata dia tidak akan menoleh kembali kepada kisah lalu serta meminta mendoakan agar dia mendapat jodoh yang baik.

BACA: Puteri Sarah Tak Rindu Kereta Lamborghini Syamsul Yusof

“Doakan saya semoga bertemu jodoh dengan cepat. Macam rakan artis yang lain iaitu Nad Zainal, Mizz Nina. Apa pun doakan saya akan dapat jodoh yang baik, yang boleh sayang saya dengan anak-anak.

“Moto hidup saya, no turning back (tidak akan berpatah kembali) dan terutamanya kembali pada kisah hidup yang lalu,” katanya.

Dalam pada itu, ditanya sama ada dia terbuka jika bakal suaminya seorang penggiat seni, Puteri Sarah menjawab dia tidak akan menidakkan hal tersebut.

“Saya tidak akan cakap tidak, kalau saya cakap tidak nanti tiba-tiba manalah tahu dapat,” katanya.