fbpx

Puteri Sarah Jumpa Peguam, Bakal Saman Pegawai Pemasaran

Pelakon Puteri Sarah akan memfailkan saman terhadap seorang individu merupakan seorang pegawai pemasaran yang menuduhnya dalam urusan perniagaan membabitkan mereka berdua.

Memetik mStar Online, Puteri Sarah berkata dia sudah berjumpa peguam dan sedang dalam proses memfailkan saman terhadap individu berkenaan.

BACA: Puteri Sarah Kantoi Hisap Vape Masa Live? Kawan Baik Jelas Perkara Sebenar

“Bagi saya jumpa peguam dulu sebab saya nak saman dia. Sudah selesai nanti saya akan maklumkan semula. Peguam mahu hantar dokumen dulu ke mahkamah,” katanya.

Sebelum ini, wanita tersebut tampil di program Melodi mendakwa dia sebenarnya menjadi mangsa.  Dakwanya lagi, kenyataan dibuat oleh Puteri Sarah berhubung kes pecah amanah adalah fitnah dan sedia untuk bersemuka dengan pelakon itu.

“Apa yang dia sebut itu semua adalah fitnah. Dia banyak putar belit sampai nama saya terjejas. Apabila saya buat keputusan nak jadi rakan bisnes dia, saya tunggu dia. Saya dah tandatangan semua dokumen tapi tak dapat maklum balas daripada dia.

“Dia kena ingat yang dia pun ada hutang. Saya mahu dia datang jumpa dan bertentang mata. Berbincang secara profesional dengan data yang sahih sebelum mengelirukan netizen,” katanya.

Terdahulu, Puteri Sarah mendedahkan seorang individu membawa lari wang berjumlah RM26,000 sebagai gaji tanpa melaluinya terlebih dahulu.

Kata Puteri Sarah lagi, dia bekerjasama dengan individu itu sejak Oktober tahun lalu bagi pemasaran produk namun kerja dilakukan tidak mencapai standard diharapkan.