fbpx

Puteri Sarah: Rasa Nak Botak & Hentak Kepala Ke Dinding

Kini hamil anak kedua dan kandungan sudah memasuki usia tiga bulan, pelakon Puteri  Sarah memberitahu dia kerap mengalami sakit kepala yang teruk. Isteri kepada pengarah terkenal Syamsul Yusof memberitahu, dia terpaksa menahan sakit tersebut kerana tidak mahu bergantung pada ubat tahan sakit.

BACA: Hamil Anak Kedua, Puteri Sarah Dilarang Dukung Anak

“Selalu wanita hamil mengalami alahan muntah-muntah, tapi saya tak ada simptom itu cuma mengalami sakit kepala yang agak teruk. Sampaikan saya rasa nak botakkan rambut dan hentak kepala ke dinding kerana tak tahan sakit tersebut.

“Sakit kepala dan pening dari pagi sampai ke malam, terpaksa tahan sakit sebab tak mahu bergantung pada ubat tahan sakit sahaja,” katanya kepada mStar Online.

Kata Puteri Sarah lagi, kandungan kali ini dia tidak ada mengidam makanan pelik-pelik, cuma dia lebih berselera menikmati hidangan yang baru dimasak.

“Setakat ini tak ada mengidam yang pelik-pelik lagi, cuma saya tak boleh nak makan lauk yang dimasak hari semalamnya. Saya lebih berselera makan hidangan yang segar dan masih panas. Setiap hari terasa nak menu berlainan, sebelum ni tak ada masalah pun makan makanan yang sama,” ujarnya.

Apabila ditanya mengenai karier seninya, Sarah memberitahu dia hanya akan menerima tawaran lakonan arahan suami atau bapa mertua iaitu Datuk Yusuf Haslam supaya lebih memudahkannya untuk menguruskan waktu dan tidak berjauhan dengan keluarga.