fbpx

Hamil Anak Kedua, Puteri Sarah Dilarang Dukung Anak

Tahniah buat Syamsul Yusof dan juga isteri, Puteri Sarah Liyana kerana bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi. Menurut Sarah, usia kandungannya kini berusia lima minggu dan doktor sudah pun menasihatinya untuk tidak melakukan perkara berat.

BACA: Puteri Sarah Rancang Beli Barang Bayi Di London

“Alhamdulillah saya disahkan hamil kira-kira lima minggu. Saya memang merancang untuk mendapatkan cahaya mata dan sudah mencuba sejak anak pertama berusia 11 bulan lagi”

“Doktor minta saya untuk cuba hamil lepas anak saya setahun tapi saya cakap dengan Syamsul saya sudah berusia 33 tahun dan kalau boleh mahu anak segera. Jadi saya terus sahaja mencuba dan tidak sangka rezeki itu datang pada masa kami dua-dua sedang sibuk,” jelasnya kepada mStar Online.

Sementara itu, walaupun Sarah dan Syamsul masing-masing sibuk menguruskan kerjaya ketika disahkan hamil, dalam masa yang sama doktor turut menasihatkan agar Sarah banyak berehat.

“Doktor tak benarkan saya dukung anak atau lakukan kerja-kerja berat. Tapi saya dukung juga curi-curi. Sekarang saya belum lagi muntah-muntah, mungkin masih awal kerana ketika hamil anak pertama juga saya mula alahan pada bulan ketiga,” katanya. (rtky/s)