fbpx

Tidak hanya berdiam diri selepas digelar ‘geng secondhand’, pelakon Puteri Sarah bertindak mencari lelaki meninggalkan komen biadab dikenali sebagai Afiq Azni.

Menerusi perkongsian di X, Puteri Sarah berkata dia sudah mendapat maklumat mengenai tempat kerja lelaki berkenaan termasuk nombor telefonnya.

BACA: Puteri Sarah Bengang Digelar Geng ‘Secondhand’

Sementara itu, Puteri Sarah berkata mungkin lelak tersebut bersikap sedemikian kerana tidak pernah dikenakan tindakan.

Malah, Puteri Sarah memberitahu dia mendapat maklumat lelaki berkenaan sedang menjalani latihan kerja di sebuah syarikat penghantaran makanan serta menyarankan agar lelaki itu dibuang kerana sikap toksiknya.