fbpx

Baru-baru ini perkongsian ibu kepada pengarah terkenal Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail menjadi perhatian apabila memuat naik gambar bersama menantunya Puteri Sarah serta besannya.

Menerusi entri itu, Datin Patimah turut meluahkan rasa syukur di atas silaturahim yang terjalin bersama besannya demi cucu-cucu mereka.

BACA: “Syafiq, Shamin & Faizal Masih Bersama Kami Hingga Akhir Hayat” – Datin Patimah

Turut menjadi perhatian, Datin Patimah dilihat ada meninggalkan komen dimana dia tidak menyokong anaknya sendiri tidak bermakna dia tidak sayangkan anaknya itu.

Malah, Datin Patimah berkata kasih sayangnya terhadap Puteri Sarah kerana aktres itu seorang menantu dan ibu yang baik namun kebahagiaannya tergugat kerana penyondol kejam.

Komen Datin Patimah itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang menyifatkan beliau dan Datuk Yusof Haslam contoh ibu bapa mentua yang baik dan boleh dijadikan contoh.

SUMBER: Xtra