fbpx

Baru-baru ini ibu kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail dilihat ada memuat naik foto percutian keluarga bersama anak-anaknya.

Bagaimanapun, menerusi foto dikongsikan Syamsul tidak kelihatan, sebaliknya hanya tiga anak-anaknya yang lain ada bersama.

BACA: “Amat Terkilan Kehilangan Besan Yang Baik Bagi Kami” – Datin Patimah

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Patimah Ismail (@patimah8057)

Turut menjadi perhatian, Datin Patimah meninggalkan komen pada salah satu gambar meluahkan tiga anaknya masih bersama mereka sehingga ke akhir hayat.

Diruangan komen, rata-rata netizen sebak melihat Datuk Yusof Haslam memeluk anaknya, pengarah Syafiq Yusof serta mengatakan pasti keluarga mereka lengkap jika Syamsul turut serta.

Sementara itu, Datin Patimah dilihat ada membalas komen daripada netizen mengatakan biasanya Syamsul akan ikut keluarga bercuti bersama namun tidak kali ini.

Pada Oktober lalu, Datuk Yusof Haslam berkongsikan kali terakhir dia berhubung dengan anaknya, Syamsul Yusof setahun lalu dimana pengarah itu datang ke rumah dan mereka turut berbual seketika.