fbpx

Puteri Sarah Menangis Jumpa Pak Cik Gelandangan Viral

Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan mengenai seorang warga emas yang didakwa dimarahi dan malukan di khalayak ramai okeh seorang usahawan dan influencer.

Diberi ksempatan bertemu dengan warga emas tersebut, pelakon Puteri Sarah tidak dapat menahan sebak. Pakcik berusia 64 tahun itu berkata dia mengakui malu dengan apa yang berlaku.

BACA: Anak Kazar Dituduh Rampas Suami Puteri Sarah?

“Alhamdulillah, syukur saya berkesempatan jumpa pakcik ini. Pakcik ni memang sedih dan malu sangat dengan apa yang berlaku. Sempat dia meluahkan perasaan. Pakcik tu sudah 64 tahun. Bayangkan kalau ibu bapa kita kena ‘sound’ macam itu?

“Saya cakap, ramai yang sayang pakcik dan hargai pakcik serta mendoakan pakcik. Rakyat Malaysia memang marah dengan tindakan lelaki itu kerana tindakannya sangat biadap,” katanya.

Dalam pada itu, Sarah turut mengingatkan meskipun mempunyai kekayaan dan pangkat bukan bermakna boleh berkelakuan biadab dengan orang lain.

“Walau sekaya mana kita, sehebat mana kita janganlah kita kurang ajar dengan orang tua. Ingat kita bukannya selalu di atas nanti kita akan di bawah juga,” katanya.