fbpx

Puteri Sarah Kongsi Pengalaman Umrah Ketika Hamil

Untuk pengetahuan, pasangan, Puteri Sarah dan Syamsul Yusof kini sedang menunaikan umrah. Berkongsi pengalaman menjalani umrah ketika hamil, Puteri Sarah akui ianya bukanlah sesuatu yang mudah.

BACA: Puteri Sarah: Rasa Nak Botak & Hentak Kepala Ke Dinding

“It ain’t easy and extremely tired when u’re 23 weeks pregnant and ur baby is very, very, very clingy. Nak-nak time solat pun nak berdukung. Tapi suami banyak dukung especially time tawaf, family members yang lain pun tolong jaga syaikhul”

Bertegas ingin mengikuti keluarga ke Mekah, Puteri Sarah mengambil pendekatan mengambil suntikan vaksin sebelum berangkat kerana keadaan tubuh badannya yang masih lemah dan menasihati orang juga berbuat demikian.

“Allah permudahkan kerana niat nak beribadah. Doktor banyak kali pesan tapi nak jugak sebab tak nak ketinggalan ikut family beribadat. Segala cucuk vaccines ambil sebab timelah ni kita paling fragile (please take note preggy mums)”

“Penat memang penat, after habis tawaf mesti bagitau suami perut rasa ketat sangat, kaki badan semua sakit and sometimes syaikhul tak nak dekat orang lain. Adik syaikhul pun boleh tahan. Kicking everytime. Tapi hati puas, happy Allah sahaja yang tau,” kongsinya di Instagram.

Kuatnya seorang wanita berbadan dua dan masih menjaga anak lain ketika beribadah di rumah Allah. Semoga urusan ibadah Puteri Sarah dan suami berjalan dengan lancar dan dipermudahkan setiap urusan. (rtky/w)