fbpx

Baru-baru ini, tular video apabila bekas isteri Syamsul Yusof, Puteri Sarah Liyana didakwa menghisap vape atau rokok elektronik ketika sesi live.

Susulan video itu, peminat Puteri Sarah meluahkan rasa kecewa dan terkejut serta da netizen meminta pelakon itu memberi penjelasan.

BACA: Hanya Salah Faham, Shuhada Mohon Maaf Pada Puteri Sarah

 

Menerusi satu video, pembantu peribadi pelakon itu yang dikenali sebagai Acu tampil memberi penjelasan mengakui dia adalah perokok tegar dan cuba untuk berhenti rokok dengan mengambil vape.

Katanya lagi, vape tersebut adalah miliknya yang dibeli ketika di Jakarta dan kandungannya dalah tanpa nikotin.

@_norainibasre_

#gossip #artismalaysia #andiarsyil #puterisarahliyana #beritatiktok #binafshasweet #norainibasre #norainibasreshop

? bunyi asal – Noraini Basre – Noraini Basre

Dalam pada itu, Acu turut meminta maaf kerana menghulurkan vape tersebut kepada Puteri Sarah ketika pelakon tersebut sedang rancak berbual.

Katanya lagi yang juga rakan baik kepada pelakon itu, jika benar Puteri Sarah melakukan perkara tidak elok sudah pasti dia akan memberikan teguran.