fbpx

Puteri Sarah Harap Anak-Anak Belajar Luar Negara Jadi Doktor

Selepas hampir dua minggu bercuti di Jepun, pelakon Puteri Sarah memuat naik perkongsian dia bersama anak-anaknya sudah pun pulang ke tanah air.

Menerusi perkongsian di Insta Story itu, Puteri Sarah meluahkan rasa syukur akhirnya pulang. ke tanah air dan memaklumkan akan terlibat dalam pengambaran drama terbaru.

BACA: Puteri Sarah Bakal Tunai Umrah Kali Kedua Bersama Anak-Anak

Sementara itu, dalam satu perkongsian pagi tadi, Puteri Sarah berkongsikan gambar anak-anaknya yang dilihat ceria di hari pertama persekolahan.

Puteri Sarah turut menulis kapsyen mendoakan agar impiannya untuk melihat kedua-dua anaknya melanjutkan pelajaran di luar negara tercapai serta bergelar doktor.

Difahamkan, Puteri Sarah dan kedua anak-anaknya bakal berangkat ke Tanah Suci Makkah pula bagi mengerjakan umrah pada 26 Januari ini.