fbpx

Puteri Sarah Bakal Tunai Umrah Kali Kedua Bersama Anak-Anak

Sebaik sahaja pulang dari bercuti dari Jepun, pelakon Puteri Sarah memaklumkan dia bakal berangkat ke Tanah Suci Makkah bagi mengerjakan umrah pada 26 Januari ini.

Memetik Harian Metro, Puteri Sarah meluahkan rasa syukur diatas rezeki diberikan oleh Allah untuk mengerjakan ibadah umrah tahun ini bersama anak-anaknya.

BACA: “Dah Keluar Gua, Tapi Play Victim” – Puteri Sarah

Menurut Puteri Sarah untuk umrah kali ini dia mendapat tajaan daripada rakan baiknya serta tidak sangka dengan rezeki tersebut kerana tahun lalu dia pergi dengan perbelanjaan sendiri.

“Ia umrah kali kedua saya pergi bersama-sama anak-anak, selepas Mei tahun lalu. Malah, saya mendapat rezeki penajaan oleh kawan baik, Fazlinda daripada Needleworks KL dan Insaff Travel Tropicana Aman untuk umrah ini.

“Alhamdulillah, rezeki saya nak ditaja. Memang tak sangka pun, Allah jemput saya dan anak-anak lagi dengan rezeki penajaan pula. Sebabnya, tahun lepas yang saya pergi itu (umrah) dengan perbelanjaan sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, Puteri Sarah yang kini masih berada di Jepun berkata dia mempunyai perancangan untuk mengerjakan haji namun bergantung kepada rezeki.

“Saya sebenarnya dah beberapa kali mengerjakan umrah sebelum ini. Malah, sebelum ada anak dulu, sudah empat kali saya ke Tanah Suci mengerjakan umrah bersama dengan suami,” katanya.

Beberapa hari lalu, suaminya Syamsul Yusof berjanji akan menyelesaikan masalah kemelut rumah tangganya dengan Puteri Sarah dalam masa terdekat ini.

Ujarnya, sudah tiba masanya dia merungkai apa yang berlaku di sebalik kemelut rumah tangganya yang menjadi bualan ramai hampir setengah tahun.