Puteri Sarah Dedah Pernah Keguguran Hamil Luar Rahim, Nyawa Hampir Melayang
Sedang hangat diperkatakan mengenai pergolakan rumah tangganya, pelakon Puteri Sarah Liyana berkongsikan pengalaman menakutkan selepas empat bulan berkahwin dimana dia mengalami keguguran.
Terkenangkan momen tidak dapat dilupakan itu, Sarah berkata dia terpaksa dikejarkan ke hospital dan perlu menerima rawatan segera. Katanya, dia keguguran sebelum mengandungkan anak pertama.
BACA: Rumah Tangga Dilanda Badai, Puteri Sarah Akui Memang Banyak Syaitan
“Satu benda yang harus diketahui, Sarah pernah keguguran dulu sebelum mengandungkan anak pertama Syaikhul, masa itu tahun 2014.
“Ectopic pregnancy (kehamilan luar rahim), lagi menakutkan… sakit perut teruk nak pengsan dan nasib baik masa itu cepat pergi hospital. Apabila kena Ectopic pregnancy tak operate cepat-cepat ibu boleh meninggal ya!,” kongsinya.
Menerusi Insta Story, Sarah turut berkongsikan foto isteri kepada penyanyi John Legend yang mengalami keguguran baru-baru ini. Kata Sarah, dia mengalami pendarahan dalaman dan jika lambat menerima rawatan nyawanya mungkin melayang.
“Dahlah masa itu baru empat bulan berkahwin, masa kena itu banyak pendarahan dalaman. Kalau tak cepat-cepat (menerima rawatan) dah meninggal kut.
“Allah masih bagi peluang untuk hidup dan lahirkan Syaikhul dan Sumayyah, bersyukur masih hidup!,” ujarnya.
uteri Sarah mendirikan rumah tangga dengan Syamsul pada 8 Mac 2014. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 3, serta Sumayyah yang kini berusia setahun.
- SUMBER
- mStar Online
Hmmm…i thought she’s the quiet one…
Malas nk campor hal ngkorang..kang sol saman..cuma nk komen anak pompuan depa nie comel yakmat..itu je..sekian..
Haah aku pun malas nak cakap banyak takut nanti sol saman…
Cuma nk cakap, lelaki muda hensem kaya ni tak pelik kalau mereka curang, yang peliknya kalau mereka tak curang…
Satu je nk komen out of the topic.kite kna byk doa tuk rmhtangga kite.kite yg bkn retis ni.klu ikutkan nafsu hari2 cerai.tp mohon pd Allah kukuhkan hubungan ade mslh bincang.jgn curang jgn melayan baik suami atau isteri.In Shaa Allah selamat dunai akhirat.
Bini dia meroyan kat social media ….org lain kena saman …
Ntah..lain Kali kalau xnak jadi bahan jgn post!
Tp gmbar ank dia byk filter jugakla.tgk yg tk filter biasa je
Sebab tau Sol perati ye so chu ols terus tak brani komen lebihh… kalau tidakkk masing masing mulut longkangz haha
Sol patutnye saman bini tu..yg x reti bahasa..asyik nk menjaja cite umahtangga ..muka x malu..ade masalah diam2 lh selesai ikut sop je..