fbpx

Puteri Sarah Dedah Isteri Hafidz Roshdi Hubungi Minta Nasihat

Sejak Khamis lalu, hangat diperkatakan mengenai pelakon Hafidz Roshdi yang menceraikan isterinya, Nurul Shuhada dengan talak satu bersaksikan keluarganya.

Terbaru, pelakon Puteri Sarah mendedahkan isteri Hafidz Roshdi pernah menghubunginya berhubung konflik berlaku dalam rumah tangganya.

BACA: “Konflik Bermula Sejak Tahun Lalu…Athira Kacau, Buat Provokasi” – Adik Shuhada

Memetik Astro Gempak, menerusi sesi live di TikTok malam tadi, Puteri Sarah berkata Shuhada memintanya berkongsikan cara menangani isu penyondol dalam rumah tangga.

“Sarah berjuang ini bukan untuk Sarah sahaja. Tapi Sarah buat juga untuk wanita-wanita yang teraniaya di luar sana. Sarah bukakan jalan diorang, itu niat Sarah.

“Sarah buka jalan diorang supaya mereka tahu apa nak buat termasuk sebenarnya yang sekarang dah jadi ex wife (bekas isteri) Hafidz Roshdi.

“Masa Sarah di Madinah, dia memang contact Sarah untuk tanya macam mana dan minta Sarah beri guide. Tapi Sarah tak nak beritahu la,” katanya.

Menurut Sarah lagi, dia membimbing Shuhada cara membuat laporan laporan di jabatan agama dan balai polis berkenaan apa terjadi dalam rumah tangga.

“Dia minta guide daripada Sarah dan dia minta Sarah doakan untuk dia masa Sarah dekat Madinah dan Makkah hari itu. Memang Sarah tolong dia, Sarah guide dia step by step apa nak buat. Report polis semua, pergi jabatan agama… Sarah yang guide dia,” katanya.