fbpx

Umum mengetahui, pelakon Puteri Sarah sebelum ini mendedahkan dia sering diganggu oleh seorang wanita menggunakan nama Mastura di Instagram miliknya.

Malah, Puteri Sarah berkata dia menyedari kemunculan wanita itu sejak Ogos lalu apabila sering meninggalkan komen berbentuk provokasi terhadap dirinya.

BACA: “Anakanda Puteri Sarah, Semoga Temui Kebahagiaan Abadi Bersama Anak-Anak” – Ibu Syamsul

Terbaru, komen Mastura menjadi perhatian apabila menuduh Puteri Sarah berpura-pura kerja keras serta mendakwa telah diberikan nafkah berbelas ribu ringgit.

Komen Mastura itu dibalas oleh Puteri Sarah dengan mengatakan individu itu semakin menunjukkan kegilaannya.

Sebelum ini, Puteri Sarah berkata dia tidak menolak jika individu tersebut adalah orang terdekat kerana berani menyentuh hal peribadi dan keluarganya.